Saturday, August 5, 2017

Syarikat Sdn Bhd

Kos mengurus syarikat sendirian berhad adalah tinggi. Biarpun bisnes rugi, kos-kos pengurusan itu tetap terpaksa ditanggung.

Untuk syarikat sendirian berhad yang masih baru, manakala bisnesnya pun masih kecil, yuran tahunan untuk company secretary, akaunting, dan auditing, jumlah yurannya adalah sekitar RM7k setahun.

Jika kita mempunyai beberapa syarikat sendirian berhad, jumlah yuran tahunan memang akan naik ke puluhan ribu.

Bagi orang yang baru memulakan bisnes, daftarkan syarikat PLT (Perkongsian Liabiliti Terhad) dahulu.

PLT adalah 'syarikat'. Namun kos pengurusan PLT dapat diturunkan. Dengan itu kita mampu menjalankan beberapa aktiviti bisnes, tiap-tiap bisnes itu menggunakan syarikat PLT.

Syarikat sendirian berhad itu ibarat kita membeli Mercedes. Kos maintainancenya sangat tinggi bagi bisnes yang masih kecil.

PLT itu macam kita membeli Toyota.

.

Sunday, July 30, 2017

Nota Menarik

1.  Nabi berdagang dahulu. Beliau berniaga sebelum al Quran diturunkan. Semasa Nabi berdagang, muamalat Islam belum diturunkan. 

2.  Nabi berdagang berdasarkan prinsip-prinsip perniagaan yang yang moralistik, yakni berdasarkan nilai-nilai al-Amin sahaja.


3. Muamalat datang kemudian. Ilmu muamalat diturunkan 13 tahun selepas Islam diperkenalkan, iaitu selepas Nabi berpindah ke Madinah. 


4.  Di Madinah Nabi membuka kawasan pasar baru. Pasar itu menjadi platform baru di mana sahabat-sahabat Nabi membuka bisnes mereka.


5. Apabila muamalat diturunkan, semua sahabat mengamalkan disiplin muamalat Islam. Hasil pelaksanaan ilmu muamalat itu ekonomi Madinah berkembang.


6. Di Madinah, Nabi tidak berniaga. Beliau menjadi ahli ekonomi yang menjalankan tugas memperkenalkan sistem ekonomi Islam dan membangunkan ekonomi Madinah.


.

Wednesday, July 5, 2017

Bagaimana Syarikat Membayar Pengarah

Syarikat sendirian berhad punyai ahli-ahli lembaga pengarah (ALP).

Apabila kita mendirikan syarikat, kita akan duduk dalam lembaga pengarah syarikat. 

Lazimnya, sebagai pendiri syarikat kita akan menjadi Chairman lembaga pengarah.

Supaya bisnes syarikat kita berkembang dengan lebih pesat, kita akan melantik beberapa orang lain duduk dalam lembaga pengarah. 

Mereka itu berperanan membantu kita memimpin syarikat supaya berkembang dengan baik dan menghasilkan keuntungan yang lebih tinggi.

Kita sebagai pendiri syarikat, selain menjadi ALP, kita juga memegang jawatan dalam syarikat dan kita menerima gaji bulanan.

Apabila kita sudah tidak bekerja lagi di syarikat yang kita dirikan, maka kita tidak lagi menerima gaji.

Habis, tanpa gaji, kita nak makan apa?

+ Kita akan terus menjadi ahli lembaga pengarah dalam syarikat. Syarikat akan membayar kita elaun ALP setiap bulan. Elaun itu macam gaji bulanan jugalah!

+ Kita mempunyai saham dalam syarikat. Apabila syarikat membuat keuntungan, kita akan dibayar dividen oleh syarikat.

+ Syarikat akan memberi kita pelbagai kemudahan, seperti kereta untuk ALP, elaun keraian, elaun minyak kereta, elaun percutian tahunan, insurans hospital, dll.

Bayangkan apabila kita mempunyai lebih daripada sebuah syarikat. Semua syarikat itu membayar kita elaun-elaun bulanan.

.

Tuesday, June 20, 2017

Strategi Pengurusan Profit Centre

Mengurus syarikat dengan mengaplikasi strategi 'profit centre' sudah terbukti lebih efektif.

Dalam strategi ini, semua unit membayar kos operasi dan gaji masing-masing.

Dengan itu setiap unit mesti membuat keuntungan. Ini yang disebut 'profit centre' atau 'pusat keuntungan'.


Dalam mazhab pengurusan lama, ada unit yang menjadi profit centre. Ada unit yang menjadi cost centre.

Staf profit centre bekerja membuat profit. Duit dari profit itu digunakan bagi membayar kos operasi dan gaji staff di cost centre.

Dalam mazhab lama, banyak syarikat menanggung kerugian apabila jumlah staff yang bekerja membawa masuk duit lebih kecil daripada jumlah staff yang gajinya mesti mereka bayar.

Dalam syarikat SME, fenomena macam itu masih berleluasa.

Yang bekerja membawa masuk duit tidak berapa kerat. Mereka itu yang bertanggungjawab bekerja keras bagi menanggung kos operasi seluruh syarikat.

.

Sunday, June 18, 2017

Elemen Gharar dalam Membuat Pelaburan

Apabila kita memberi wang kepada anak muda untuk membantu dia membiayai perniagaannya, kita mesti menetapkan perkara di bawah ini:

1.  Apakah kita memberikan wang itu sebagai wang yang dipinjamkan?


Jika ya, mesti disebutkan cara bagaimana wang pinjaman itu semestinya dipulangkan.


Atas faktor bahawa wang itu dipinjamkan, maka meskipun bisnes itu rugi, wang itu mesti dipulangkan. Hutang mesti bibayar.


Juga bagaimana caranya kita selayaknya menerima keuntungan, andainya bisnes itu nanti membuat keuntungan.


Perkongsian keuntungan itu boleh diberikan sebagai hadiah atau hibah.


Jika perniagaan anak muda itu rugi, maka tiadalah sebarang hadiah untuk dikongsikan.


.


2. Apakah kita memberikan wang itu sebagai wang yang kita laburkan dalam bisnes anak muda itu?


Jika ya, wang yang dilaburkan tidak perlu dipulangkan.


Sebagai pelabur kita mesti sanggup menerima risiko bahawa wang kita itu mungkin selamat, mungkin tidak selamat.


Dalam kes pelaburan kita mesti menetapkan bagaimana keuntungan ataupun kerugian akan diperkongsikan dengan anak muda itu.


.


Bagi pihak anak muda itu, dia mesti berhati-hati apabila menerima duit atas nama 'pembiayaan' perniagaan.


Dia mesti pastikan apakah wang pembiayaan itu (a) duit pinjaman, yakni hutang yang mesti dipulangkan, ataupun (b) duit pelaburan, yakni tidak perlu dipulangkan.


Ini kerana, ada pihak-pihak yang memberikan duit modal 'pembiayaan' yang mempunyai ciri-ciri 'duit pinjaman' dan juga ciri-ciri 'duit pelaburan'.


Dalam kes begitu, terdapat unsur gharar, yakni unsur tidak jelas, tidak precise, tidak tepat.


Si pemberi modal itu berkata dia mahu menjadi 'pelabur', tetapi dia tidak mahu menanggung risiko rugi. Dia mahu duit modal pelaburannya itu dipulangkan, macam duit hutang.


Pada masa yang sama, walaupun dia mahu menjadi 'pelabur' tetapi setiap bulan dia mahu membuat 'keuntungan' daripada duit pelaburannya itu. Dia tidak mahu rugi.


Dalam kes macam itu, anak muda menanggung 100% risiko. Si 'pelabur' langsung tidak menanggung risiko.


Keuntungan yang diperoleh tanpa sebarang risiko adalah tidak syariah compliant.


.

Boleh Kita Mendapat Keuntungan daripada Duit yang Dipinjamkan

Banyak orang bisnes masih keliru apabila kita bercakap tentang hukum-hakam meminjamkan duit kepada orang lain.

Mereka keliru tentang hukum menerima 'keuntungan' daripada duit yang dipinjamkan. Mereka anggap semua keuntungan daripada duit yang dipinjamkan adalah 'riba'.


Lalu banyak orang berpendapat, asal sahaja kita meminjamkan duit, kita tidak boleh mendapat sebarang keuntungan daripada hasil meminjamkan duit itu. Kata mereka, jika kita mendapat keuntungan, hukumnya adalah haram.


Orang yang mengatakan semua jenis pinjaman duit tidak boleh menghasilkan keuntungan kepada si pemberi pinjaman adalah orang yang tidak membuat klasifikasi jenis-jenis pinjaman duit, dan tujuan-tujuan memberi pinjaman duit.


Mereka itu tidak membezakan perkara-perkara di bawah ini:


1.  Ada perbezaan antara:


(a) Mendapat keuntungan dari hasil mengenakan riba. Riba memang haram. Kita tidak boleh mengenakan riba atas duit yang dipinjamkan.


(b) Mendapat keuntungan dari hasil keuntungan perniagaan. Aktiviti bisnes mampu menghasilkan keuntungan. Kentungan bisnes bukan riba.


2.  Ada perbezaan antara:


(a) Memberi pinjaman duit untuk membantu orang yang betul-betul dalam kesusahan, sebagai contoh orang itu meminjam untuk tujuan membeli makanan keluarganya, ataupun untuk membayar yuran persekolahan anaknya.


(b) Memberi pinjaman duit kepada orang yang memerlukan modal perniagaan. Pinjaman jenis ini adalah untuk tujuan membiayai perniagaan si peminjam.


3.  Ada ciri-ciri yang jelas antara antara: (a) riba, dan (b) keuntungan. Yang paling utama adalah di mana riba itu sudah ditetapkan kadarnya.


4.  Ada perbezaan antara:


(a) Memberi pinjaman duit yang tidak berisiko langsung kepada si pemberi pinjaman. Maksudnya, si pemberi pinjaman mendapat keuntungan dengan tidak menanggung risiko langsung. Semua risiko ditanggung oleh pihak yang meminjam. Yang ini hukumnya tidak syariah compliant.


(b) Memberi pinjaman duit yang mempunyai risiko kepada si pemberi pinjaman. di mana si pemberi pinjaman mungkin mendapat keuntungan dan dia juga mungkin menanggung kerugian. Yang ini syariah compliant.


.

Saturday, June 17, 2017

Siri 2 Melabur dalam Bisnes Usahawan Muda

Ini satu lagi cara kita boleh melabur dalam bisnes anak muda yang tidak mempunyai modal wang bagi memulakan bisnesnya. Ambil contoh ini. Anak muda itu mahu membuka kedai salun rambut perempuan, tetapi dia tidak mempunyai modal wang. Kita mempunyai wang. Anak muda itu menyewa rumah kedai. Jadi kedai itu disewa atas namanya. Kita yang merenovasi premis itu. Kita belikan perabot dan alat-alat kerjanya. Kos semua itu RM30k. Kita hanya memimjamkan kepada anak muda itu modal RM30k untuk kos renovasi. Kedai yang sudah direnovasi itu kita serahkan kepada anak muda itu. Dia akan membayar sewa kedai itu tiap bulan. Dia akan membayar semula jumlah RM30k yang sama kepada kita dalam tempoh 5 tahun. Tiada riba dikenakan. Setiap tahun, apabila bisnesnya membuat keuntungan, kita akan terima 30% dari keuntungan itu. Jika rugi, kita tidak dapat apa-apa. Model bisnes ini sangat jelas. Kita memimjamkan duit modal tanpa riba. Jika untung, kita mendapat keuntungan. Jika rugi, kita tidak dapat apa-apa. Dalam model ini, tidak ada unsur gharar. ROI yang kita terima datang dari perkongsian keuntungan. Model ini syariah compliant.

Syarikat Sdn Bhd

Kos mengurus syarikat sendirian berhad adalah tinggi. Biarpun bisnes rugi, kos-kos pengurusan itu tetap terpaksa ditanggung. Untuk...