Saturday, June 17, 2017
Siri 2 Melabur dalam Bisnes Usahawan Muda
Ini satu lagi cara kita boleh melabur dalam bisnes anak muda yang tidak mempunyai modal wang bagi memulakan bisnesnya.
Ambil contoh ini.
Anak muda itu mahu membuka kedai salun rambut perempuan, tetapi dia tidak mempunyai modal wang.
Kita mempunyai wang.
Anak muda itu menyewa rumah kedai. Jadi kedai itu disewa atas namanya.
Kita yang merenovasi premis itu. Kita belikan perabot dan alat-alat kerjanya. Kos semua itu RM30k.
Kita hanya memimjamkan kepada anak muda itu modal RM30k untuk kos renovasi.
Kedai yang sudah direnovasi itu kita serahkan kepada anak muda itu. Dia akan membayar sewa kedai itu tiap bulan.
Dia akan membayar semula jumlah RM30k yang sama kepada kita dalam tempoh 5 tahun. Tiada riba dikenakan.
Setiap tahun, apabila bisnesnya membuat keuntungan, kita akan terima 30% dari keuntungan itu. Jika rugi, kita tidak dapat apa-apa.
Model bisnes ini sangat jelas. Kita memimjamkan duit modal tanpa riba. Jika untung, kita mendapat keuntungan. Jika rugi, kita tidak dapat apa-apa.
Dalam model ini, tidak ada unsur gharar.
ROI yang kita terima datang dari perkongsian keuntungan. Model ini syariah compliant.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Syarikat Sdn Bhd
Kos mengurus syarikat sendirian berhad adalah tinggi. Biarpun bisnes rugi, kos-kos pengurusan itu tetap terpaksa ditanggung. Untuk...
-
Mengurus syarikat dengan mengaplikasi strategi 'profit centre' sudah terbukti lebih efektif. Dalam strategi ini, semua unit mem...
-
Nabi Muhammad memulakan bisnesnya yang pertama semenjak beliau masih berusia 8 tahun. Pada masa itu beliau tinggal di kampung bers...
-
Syarikat sendirian berhad punyai ahli-ahli lembaga pengarah (ALP). Apabila kita mendirikan syarikat, kita akan duduk dalam lembaga peng...
No comments:
Post a Comment